Gagasan baharu galakkan kerja khianat
Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa tiada pihak yang berminat dengan cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menubuhkan gagasan besar.
Menurutnya, carca-merba dalam Bersatu pun tidak selesai, ini pula mahukan menubuhkan gagasan baharu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, ‘benda baharu’ yang belum ada kasih sayang menggalakkan kerja khianat, oleh itu siapa hendak percaya kerana ia akan menjadi perosak.
Berhubung dengan gagasan besar itu, katanya, UMNO tidak perlu minta maaf dan kekal dengan Barisan Nasional, katanya menerusi hantaran di Facebook.
Mohd Puad terdahulu mempersoalkan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Pas yang meminta maaf secara terbuka kerana tidak mengadap Sultan Nazrin.
”Kenapa minta maaf. Silap atau sengaja tidak mahu jumpa? PPBM (Bersatu) juga tidak mengadap. Apakah kebetulan. Bekas MB dakwa, tiada jemputan untuk mengadap. Tetapi kehadiran ADUN Titi Serong dari PPBM ke Istana menghairankan.
”Ahli Dewan Negara Perak Tan Sri Anuar Zaini kata, Pas dan PPBM memang dititah untuk mengadap. Tidak mungkin bahasa istana berbelit belit untuk difahami,” ujarnya. MG