Caci Anwar, Exco AMK gesa Akmal letak jawatan



Sebaran :

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasir dan beberapa pemimpin sayap PKR yang membisu selepas tersebarnya perbualan yang menuduh dan mencaci Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan.

Barisan Exco AMK PKR berkata, tindakan Akmal yang sehingga kini senyap seolah-olah mengiyakan perbualan Whatsapp yang tular sejak semalam.

“Sehingga hari ini, tiada sebarang permohonan maaf ataupun penjelasan diberikan oleh pimpinan yang terlibat dalam perbualan tersebut terutama YB Akmal Nasir selaku Ketua AMK Malaysia. Beliau juga seolah-olah telah hilang dari umum apabila telefonnya ditutup dan mesej tidak dibalas.



“Tindakan ini menunjukkan bahawa apa yang dibincangkan dalam perbualan Whatspp tersebut adalah benar dan beliau tidak dapat mencari idea untuk menafikannya.

“Justeru itu, kami EXCO AMK Malaysia yang menang semasa Pemilihan Parti yang lepas menuntut agar Ketua AMK Malaysia dan beberapa pimpinan lain yang terlibat untuk segera meletakkan jawatan kerana mereka telah hilang keyakinan dari akar-umbi AMK, khususnya pucuk pimpinan KEADILAN,” kata barisan Exco AMK menerusi kenyataan.

Antara Exco AMK yang membuat kenyataan itu adalah Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, Khairul Anuar Musa, Ong Jing Cheng, Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin, Sarawanan Selvarajo, Muhammad Affendi Malik termasuk Naib Ketua AMK iaitu Jestin Raj Savarimuthu.



Tambah mereka, satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan AMK perlu diadakan segera bagi memastikan transisi kepimpinan dan imej parti pulih.

“Hasil dari mesyuarat khas ini akan dibawa ke Majlis Pimpinan Pusat untuk tindakan selanjutnya seperti mana yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Parti.

“Agenda Reformasi negara dan dokongan sayap Pemuda tanpa berbelah bagi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memastikan kejayaan agenda ini,” tambah mereka.



Sebelum ini, tular perbualan dalam bahasa Melayu dan Inggeris pemimpin kanan PKR itu menyatakan rasa kecewa dan tidak puas hati terhadap Anwar, selepas kegagalan membuktikan dirinya mempunyai sokongan majoriti untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara yang terlibat dalam perbualan berkenaan adalah Setiausaha AMK Syukri Razab, Naib Ketua AMK Thiban Subbramaniam serta beberapa lagi pimpinan tertinggi sayap parti itu. MG

Tular perbualan ketua AMK, Akmal mengutuk Anwar


Sebaran :


One thought on “Caci Anwar, Exco AMK gesa Akmal letak jawatan

  • anwar tak akan kenakan tindakan sebab ramai juga ahli pkr tahu si akmal tak pernah kata tak boleh bila anwar kata “i dah tak tahan nak you punya b***t”

    Reply

Leave a Reply