Bapa tikam bayi perempuan 20 bulan ditahan polis

Seorang bapa ditahan kerana disyaki menikam bayi perempuannya yang berusia setahun lapan bulan di sebuah flat di Puchong Permai petang tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Abd Khalid Othman berkata, penahanan itu dibuat selepas unit rondaan bermotosikal (URB) Balai Polis Bukit Puchong menerima aduan daripada orang awam pada 4.30 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, polis menahan lelaki berumur 27 tahun yang merupakan bapa bayi malang itu dan merampas sebilah pisau pemotong roti yang dipercayai digunakan untuk menikam perut mangsa.

“Bayi tersebut kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.



“Polis mengambil rakaman percakapan saksi untuk tujuan siasatan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan.

Abd Khalid berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana mengamuk dan ujian air kencing dibuat bagi mengenal pasti sama ada lelaki itu berada bawah pengaruh dadah. Bernama

Bapa tampar, lambung anak usia dua bulan ditahan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker