‘Nak Rehat Sekejap’ – SuperKIP



Sebaran :

Kecewa atau mahu mencari angin baharu menyebabkan pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi mengambil keputusan mahu berehat dalam tempoh tertentu selepas lima musim bersaing dalam Kejohanan Motosikal Dunia.

Walaupun tidak memberikan alasan yang jelas atas keputusan mengejutkan itu, Khairul Idham atau dikenali sebagai Super KIP memberitahu dia mahu memberi tumpuan kepada e-sukan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) bersama rakan sekampungnya.

Jelas sekali, Super KIP yang berusia 22 tahun itu sudah nekad mahu mengundur diri buat sementara waktu, namun tidak menolak kemungkinan akan kembali menggegarkan arena permotoran negara.



Cari Kerja Baru Atau Jaga Lembu – Super KIP

“Saya sebenarnya mahu berehat sementara waktu dan memberi tumpuan kepada perkara lain terutama mahu membantu ayah di kampung.

“Pada masa sama, saya juga bermain e-sukan dan sekarang ini dalam usaha mahu menubuhkan pasukan sendiri bersama rakan lain.

“Saya bukanlah mahu bersara cuma berehat dalam tempoh tertentu, mungkin akan kembali berlumba nanti,” kata bekas pelumba Petronas Yamaha SRT itu.



Sebelum itu, laporan media menyatakan Super KIP mahu bersara dalam arena permotoran selepas berhadapan dengan kekecewaan selain mahu menumpu kepada perkara lain.

Untuk rekod, Khairul Idham akan terus diingati apabila kehebatannya berjaya menggegarkan dunia dengan menjuarai GP Argentina dan Jerman dalam kategori Moto3 pada 2016.

Sementara itu, Khairul Idham berkata, dia turut mendapat tawaran daripada beberapa pasukan lain untuk menyertai mereka pada perlumbaan akan datang.



“Namun, masalah adalah penajaan menyebabkan saya terpaksa membatalkan hasrat terbabit dan pulang ke kampung,” katanya yang kini menjalani kuarantin 14 hari selepas pulang dari luar negara.-HM

Moto3: Khairul Idham Pawi digesa beri komitmen tinggi

Singkir Super KIP, Razlan sedia dikritik


Sebaran :


Leave a Reply