Ustazah selamat dalam cubaan ragut

Seorang ustazah yang dalam perjalanan ke rumah anak muridnya untuk mengajar agama, cedera akibat cubaan ragut dua lelaki di tepi jalan dekat Sungai Air Tawar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata kejadian pada jam 4.30 petang itu, mangsa berusia 23 tahun luka di lutut, peha dan bibir selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke tepi jalan ketika mengelak diragut.

“Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal dari Sungai Air Tawar ke Pekan Parit Baru melalui jalan besar Sungai Tengar, di Sungai Air Tawar.

“Ketika berada di lokasi itu, datang sebuah motosikal ditunggang dua lelaki yang cuba mengambil beg tangan mangsa di dalam raga motosikal.

“Suspek tidak berjaya mengambil beg tangan itu berikutan mangsa menolak tangan suspek. Namun mangsa terjatuh di tepi jalan dan cedera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Agus Salim berkata, tiada kerugian dialami mangsa memandangkan beg tangan miliknya gagal diambil suspek.

“Mangsa tidak dapat mengecam suspek yang memakai topi keledar bertutup penuh selain tidak mengingat jenis dan nombor pendaftaran motosikal digunakan suspek.

“Siasatan masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya. BH

Polis buru ahli ‘Geng 21’ libat kes samun, cubaan bunuh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker