Pas Perak akan patuhi keputusan Pas Pusat - Razman Zakaria — MYKMU.NET

Pas Perak akan patuhi keputusan Pas Pusat – Razman Zakaria



Sebaran :

IPOH: Pas Perak akan mematuhi keputusan Pas Pusat berhubung pembentukan kerajaan baharu negeri Perak.
Pesuruhjaya Pas Negeri Perak Razman Zakaria berkata, pihaknya menyerahkan dan menuruti segala maklum balas yang akan dikeluarkan oleh pihak Pas Pusat.
“Justeru, segala pendirian rasmi daripada Pas Perak berkaitan pembentukan kerajaan negeri Perak adalah selari dengan apa yang diputuskan oleh Pas Pusat,” katanya dalam kenyataan pada pagi Selasa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol itu berkata Pas Perak mendoakan semoga negeri Perak terus sejahtera dan rakyatnya kekal aman dan diberkati.
Pada Jumaat, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata partinya menetapkan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.

Duduk bincang kalau nak kekalkan k’jaan Perak, kata Razman

Kemelut politik negeri ini bermula selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ADUN dalam usul keyakinan terhadap menteri besar yang dikemukakan pada sidang DUN, Jumaat lepas.
Dalam undian sulit yang dijalankan, Ahmad Faizal yang juga yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan ADUN Chenderiang, hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.
DUN Perak merangkumi 25 ADUN BN yang kesemuanya daripada UMNO, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan Pas (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Sebaran :


Leave a Reply