Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan

Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan

Polis telah merakam keterangan seorang guru wanita bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes cabul seorang pelajar lelaki yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata rakaman percakapan guru berumur 37 tahun terbabit dilakukan di IPD Sepang, Selangor, semalam.



“Hanya dirakam percakapan, suspek kes ini tidak ditangkap. Beberapa individu lain juga dirakam percakapan termasuk pengadu dan saksi yang melihat atau tahu hal yang berkaitan,” katanya ringkas kepada Bernama.

Beliau berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

“Pihak polis menasihati orang awam untuk tidak menimbulkan spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak benar berkenaan kejadian ini,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata, mangsa juga telah dirujuk ke sebuah hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut.



Menurutnya, polis menerima laporan pada 12 Dis lalu mendakwa suspek mencabul mangsa ketika mengulang kaji pelajaran bersama guru terbabit di perpustakaan.

Semalam, beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seks Terhadap kanak Kanak 2017.

Guru wanita itu dikatakan masih menjalinkan hubungan cinta dengan pelajar berusia 17 tahun walaupun telah berpindah sekolah. FMT

Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker