Diserang ketika sedang tutup kedai

Kuching: Pemilik kedai serbaneka di Samariang, di sini, parah manakala seorang pekerjanya cedera selepas diserang empat lelaki dalam kejadian samun, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, kejadian dilaporkan jam 10 malam, ketika kedua-dua mangsa sedang menutup kedai.

“Ketika sedang menutup kedai, tiba-tiba seorang lelaki datang lalu menumbuk pekerja kedai terbabit.

“Pemilik kedai yang melihat kejadian cuba meleraikan namun dia diserang oleh tiga lagi lelaki lain, sebelum mereka merompak kedai berkenaan” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemilik kedai terbabit yang berusia 43 tahun mengalami kecederaan parah di belakang kepala dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan segera.

“Pekerjanya yang berusia 56 tahun mengalami lebam di mata,” katanya.

Awang Din berkata, pihaknya sedang giat mengesan keempat-empat suspek dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menyalurkan kepada polis.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. HM

Lelaki cedera parah diserang, empat kenderaan rosak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker