Kemelut Politik Perak: DYMM belum yakin ada parti politik miliki majoriti mudah di Perak

IPOH: Tiada parti politik yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak yang baharu buat masa ini.
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata, situasi itu sekali gus gagal meyakinkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk melantik Menteri Besar Ke-14 negeri ini.
“Oleh kerana DYMM (Duli Yang Maha Mulia) masih belum diyakinkan mana-mana pihak sudah ada majoriti mudah dan sehingga DYMM yakin sudah ada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti mudah, barulah istiadat angkat sumpah boleh dilaksanakan.
“Oleh kerana itu, DYMM belum dapat diyakinkan oleh mana-mana pihak.

Hasnul Zulkarnain menghadap Sultan Nazrin berhubung pelantikan MB Perak

“Kita akan tunggu sehingga mereka sudah bersedia untuk meyakinkan DYMM dan DYMM berpuas hati sudah ada majoriti mudah untuk tubuhkan kerajaan,” katanya kepada media di perkarangan Istana Kinta di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas tiga pemimpin Pakatan Harapan Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi menghadap Sultan Nazrin.
Ia disusuli pemimpin dari UMNO Perak iaitu Pengerusi Perhubungan negeri ini, Datuk Saarani Mohamad dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker