Hasnul Zulkarnain menghadap Sultan Nazrin berhubung pelantikan MB Perak

IPOH, 8 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mengesahkan beliau telah dititah menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Hasnul Zulkarnain berkata beliau menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini pada 11.50 pagi dan ia berlangsung selama kira-kira 10 minit.

Beliau berkata pertemuan itu mempunyai kaitan dengan pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu.

“Saya hanya dipanggil seorang sahaja, tidak menerima arahan mewakili Bersatu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.



Hasnul Zulkarnain menyertai Bersatu pada 3 Jun lepas. Sebelum itu, beliau merupakan wakil rakyat Bebas selepas meninggalkan Amanah pada 9 Mac susulan penjajaran politik di Perak yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan daripada Pakatan Harapan (PH).

Jawatan Menteri Besar Perak kini kosong selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan pada Sabtu setelah gagal mendapat sokongan dalam usul undi kepercayaan majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar semasa Persidangan DUN sehari sebelumnya.

Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, berkata dia sedang menanti parti barunya – Bersatu – memutuskan apa tindakan yang akan diambil ke atasnya selepas dia didakwa mengundi menolak undi percaya ke atas Ahmad Faizal Azumu.

Media sebelum ini melaporkan Bersatu sedang membuat pertimbangan bagi mengambil tindakan ke atas Hasnul Zulkarnain termasuk memecatnya.



Untuk rekod Hasnul Zulkarnain merupakan bekas ketua Pemuda Amanah yang meninggalkan partinya untuk menjadi Adun bebas menjelang kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak.

Dia kemudian menyertai Bersatu. Ahmad Faizal pula merupakan timbalan presiden parti berkenaan yang berdepan undi percaya dibawa Adun Umno di DUN Perak pada 4 Dis lalu.

PAS tak jadi mengadap Sultan Perak, terima arahan pimpinan parti

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker