Putrajaya akui gagal bendung Covid-19 dengan longgar sekatan, kata Najib

Najib Razak berkata, tindakan Putrajaya membenarkan perjalanan rentas negeri dan menamatkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di beberapa negeri ialah pengakuan kerajaan gagal membendung penularan Covid-19.

Bekas perdana menteri itu percaya fokus Putrajaya bukan lagi memutuskan rantaian Covid-19, tetapi hanya memastikan tiada penularan mendadak sambil menunggu vaksin dihasilkan.

“Ianya amat sukar untuk kata pendekatan baru ini adalah betul atau salah sebab realitinya ialah ekonomi negara sudah tidak dapat bertahan lagi dan ramai rakyat tak tahan dengan PKPB berterusan.

“Kerajaan dijangka membatalkan lebih banyak lagi larangan ke atas sektor ekonomi dan kegiatan sosial tidak lama lagi,” tulisnya di Facebook malam ini.



Beliau berkata, keadaan Covid-19 di Malaysia lebih teruk daripada Indonesia, jika dilihat dari segi jumlah penduduk dan ia akan menyukarkan usaha menarik pelancong asing ke negara ini.

“Setakat ini, Malaysia mencatat 2,234 kes bagi setiap sejuta penduduk berbanding 2,096 kes di Indonesia. Jumlah kes Malaysia (72,694) juga dijangka melebihi China (86,619) dalam masa 10 hari lagi.

“Ini bermakna ianya akan menjadi sukar bagi negara lain untuk membenarkan warga mereka melancong ke Malaysia.

“Hasrat untuk kita wujudkan persefahaman gelembung perjalanan antara negara, seperti apa yang kita sedang usahakan dengan Singapura juga terjejas. Ini bermakna kita tidak boleh harapkan pelancong asing dalam jangka masa pendek.”



Semalam, Putrajaya mengumumkan orang ramai dibenarkan merentas daerah dan negeri mulai esok, kecuali untuk beberapa kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

PKPB di Putrajaya, Labuan, Perak, Kelantan, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan akan berakhir tengah malam ini, tetapi beberapa daerah dan mukim yang dikategorikan zon merah atau kawasan berisiko tinggi masih dikenakan PKPB atau PKPD.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah pula dilanjutkan hingga 20 Dis ini. FMT

COVID-19: Dr Noor Hisham akui tertekan, tak boleh tidur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker