Neelofa, Mira Filzah Duduki Tangga Teratas ‘1,000 Top Selebriti Media Sosial’



Neelofa, Mira Filzah dan Janna Nick diumumkan sebagai tiga selebriti wanita yang menduduki tempat teratas Top 1,000 selebriti media sosial di Malaysia.

Senarai yang memaparkan kedudukan 1,000 influencer atau pempengaruh media sosial di Malaysia tersebut dikeluarkan oleh starngage.com hari ini.

Dalam laporan tersebut, kedudukan mereka dinilai berdasarkan jumlah pengikut Instagram dari Malaysia.

Kedudukan 1,000 akaun Instagram tersebut juga dinilai dan ditapis daripada 16,788 selebriti media sosial di Malaysia yang mempunyai 1,000 hingga 10 juta pengikut.

Mengikut penilaian laman web tersebut, Neelofa menduduki tempat teratas dengan jumlah pengikut seramai 8.2 juta, Mira Filzah (7.1 juta) dan Janna Nick (6.1 juta).




Sementara itu, Hanis Zalikha, Amyra Rosli, Nur Fazura dan Scha al-Yahya pula menduduki tempat ke empat hingga tujuh.

Manakala, Ayda Jebat, Elfira Loy dan Rozita Che Wan pula di tangga ke tujuh hingga 10.

Dalam senarai tersebut juga, usahawan kosmetik terkenal, Aliff Syukri berada di kedudukan ke-16, sementara Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula di tangga ke-43.

Difahamkan, kedudukan tersebut dinilai berdasarkan keberkesanan selebriti media sosial memasarkan mana-mana jenama atau produk dalam Instagram.

Senarai tersebut juga akan berubah dan dikemas kini setiap bulan




“Mana pergi rasa malu..” – Netizen meluat lihat aksi mesra Janna Nick & kekasih [ VIDEO ]

‘CONTENT’ disukai ramai, Athisha adik Neelofa perkenal semua adik-beradiknya di Youtube. Tak sangka… [ VIDEO ]

Mira Filzah menangis di majlis resepsi ke dua. Lihat reaksi spontan Emir

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.