Mira Filzah menangis di majlis resepsi ke dua. Lihat reaksi spontan Emir

Share

Tanpa perlu berselirat dengan crown, bunga dan juga perhiasan mewah yang berlebihan, Mira Filzah tetap anggun dengan gaun berwarna emas di samping suami tercinta pada malam resepsi perkahwinannya.

Gambar berlegar2 di media sosial
Menerus #EmirAmirah di Instagram, gambar serta video dari IG story milik sahabat handai dan ahli keluarga telah berkongsi suasana cukup romantis di persandingan pengacara Nona itu dan suaminya, Wan Emir Astar.

Momen romantis


Dalam pada itu, momen-momen romantis yang terlihat dari sisi Wan Emir juga berjaya dirakam apabila bertungkus-lumus membantu isteri tersayang turut daripada tangga pelaminan dengan mengankat gaun Mira yang tersangkut di tangga ketika menuruni pelamin

Mira Menangis

Mira juga kelihatan beberapa kali mengalir air mata selepas mendengar beberapa ucapan dari keluarga dan sahabt handai


Emir di lihat cuba mengusap air mata Mira dan momen tersebut sempat di rakam oleh tetamu yang hadir

Pelamin persandingan merpati dua sejoli ini telah direka khas oleh rekateemor dan bertemakan The Midnite Sky.

Majlis resepsi ini merupakan majlis kedua selepas pernikahan yang diadakan semalam di Convention Centre Sime Darby. Resepsi kali ini diadakan di Hotel Le Meridien, Putrajaya merupakan majlis resepsi bagi pihak perempuan


Wan Emir Kena Reject Banyak Kali

Suami kepada Mira Filzah, Wan Emir Astar mendedahkan pelawaannya telah ditolak beberapa kali oleh pelakon itu pada mulanya.

Menurut Emir meskipun berdepan pelbagai cabaran untuk menawan hati Mira , namun dia tidak pernah berputus asa.

“Saya mula sukakan Mira sejak 2016 dan ketika itu saya hanya cuba DM (mesej peribadi) dia di Instagram ,namun tidak pernah berbalas.

“Sampailah satu hari tu saya pasang niat saya mahu jadikan Mira sebagai isteri dan alhamdulilah dia balas.

“Saya sanggup kena ‘rejected’ dengan Mira banyak kali kerana sekurang-kurangnya saya tidak menyesal mencuba.

“Sampaikan saya pernah mesej ibu Mira sendiri kerana ketika itu saya fikir saya mahu mencuba sehabis mungkin dan tidak kisah pun dimalukan,” katanya.

Emir dan Mira itu ditemui selepas majlis akad nikah mereka yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, Mira memberitahu dia menerima Emir kerasa kesungguhannya.

“Saya boleh kata effort dia sangat tinggi dan melihat kesungguhan dia saya terpikat,” katanya.

Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.

Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.

Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarganya di Bangi.

Pasangan mepati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat.

Sementara itu, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi. MB

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!