Anggota PLUS selamatkan wanita terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim

Seorang wanita yang dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di sini diselamatkan seorang anggota peronda Jambatan Kedua Sdb Bhd (JKSB), pada Ahad.

Wanita berusia 22 tahun itu meninggalkan kenderaannya di bahu jalan di atas jambatan tersebut sebelum terjun ke laut.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, anggota PLUS yang menerima panggilan kecemasan pada jam 7.22 pagi bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja menyelamat.

“Wanita itu meninggalkan keretanya di kilometer (km) 16.5 jambatan tersebut bersama pengenalan diri.

“Seorang anggota peronda PLUS telah membuat tindakan awal menyelamat dengan turun dari jambatan menggunakan tali penyelamat bersama kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan jaket keselamatan bagi menyelamatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wanita itu berjaya diselamatkan pada jarak 100 meter dari tempat dia dipercayai terjun.

Dia kemudian dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban, dan kes diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Awani

Dedah jenama daging, selamatkan umat Islam

Leave a Reply