‘Stesen TV Kata Okay,Saya On’



Sebaran :

Penerbit drama, Fadzil Teh mendedahkan ada menawarkan pendakwah bebas, Da’i Syed berlakon dalam drama bersiri, Ayahanda untuk tayangan TV3, tahun depan.

Fadzil berkata, tawaran itu dibuat dua hari sebelum Syed, 25, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful ditahan berhubung dakwaan merogol seorang gadis.

“Saya ada tawarkan dia berlakon untuk watak penceramah agama muda. Dia sudah menyatakan persetujuan. Drama ini bakal ditayangkan di slot Samarinda, TV3. Ikut perancangan drama ini akan memulakan penggambaran bulan depan.



“Memang terkejut dengan berita mengatakan dia ditahan. Jadi, apabila terjadi perkara ini saya pun tak tahu nak cakap apa. Kita tunggu saja apa kata stesen TV.

“Sekiranya dia dibebaskan nanti dan mereka kata okay, saya ‘on’ saja. Jika sebaliknya, saya terpaksa mencari pengganti. Secara peribadi saya tidak ada masalah dengan dia,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pendakwah selebriti ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.



Suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira 11 malam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.-HM

Da’i Ajak Keluar Sebelum Rogol, Cabul

 


Sebaran :


Leave a Reply