Kanak-kanak Jatuh Tingkat Empat Kini Stabil

Sebaran :

PUTRAJAYA – Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang terjatuh dari tingkat empat kuarters penjawat awam, di Presint 11, semalam kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, mangsa kini dirawat di Zon Semi Kritikal, Hospital Putrajaya.

Beliau berkata, doktor yang merawat mangsa memaklumkan, kanak-kanak tersebut kemungkinan mengalami patah tulang belakang dan tulang rusuk patah.



“Pemeriksaan juga mendapati, mangsa turut patah tulang selangka namun pengesahan lanjut akan dimaklumkan oleh doktor pakar esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa difahamkan bermain-main di sekitar koridor di kuarters berkenaan sambil membaling botol.

Bagaimanapun, Mohd. Fadzil berkata, botol yang dibaling mangsa terkeluar dari koridor dan terjatuh di atas ‘awning’.



“Mangsa dikatakan cuba mengambil botol itu namun tersalah langkah sebelum tergelincir dan jatuh di kawasan tempat letak motosikal.

“Ketika kejadian, bapa mangsa berada di dalam rumah dan ibu mangsa bekerja. Bapa mangsa merupakan adalah seorang anggota sukarelawan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.23 petang itu, mangsa dikenali sebagai Nur Alya Maisarah Kamarulfaizal cedera selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah kuarters penjawat awam di Presint 11.-K!ONLINE


Kanak-kanak lelaki maut terjatuh tingkat 15


Sebaran :

Leave a Reply