Mengejutkan! Kartel ciplak tiga jenama daging Australia

[LAPORAN KHAS] JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang dipercayai telah dipalsukan sebelum diedar di pasaran tempatan.

Perkara itu terbongkar susulan penemuan terbaharu kotak terbabit yang masih belum digunakan di longgokan gudang kartel berkenaan di Senai di sini.

Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Maqis, Siti Nur Ahmad berkata, kartel terbabit dipercayai menyalahgunakan jenama tersebut dengan memasukkan daging-daging yang diimport dari negara yang tidak mendapat pengiktirafan halal.



“Kita percaya kotak-kotak ini ditempah kartel dari sebuah premis lain dengan meniru jenama terbabit seolah-olah ia adalah tulen.

“Bagi mengaburi pengguna, kartel tersebut juga membuat cop serta pelekat palsu halal,” katanya kepada Sinar Harian.

Antara kotak-kotak baharu yang ditemui di sebuah gudang kartel di Senai, Johor dipercayai akan digunakan untuk tujuan pembungkusan semula daging sejuk beku yang diimport dari sumber negara yang tidak sah.
Beliau berkata, untuk rekod Maqis, produk original itu adalah produk yang diimport dari Australia.

Mufti gesa hukuman berat ke atas pihak palsukan logo halal



Umat Islam bimbang status halal daging

Kartel tukar daging haram jadi halal

Katanya, beberapa produk daging sejuk beku yang ditemui di tempat simpanan gudang kartel itu turut menemui produk daging lain berupa daging angsa, itik serta ayam.

“Untuk makluman, daging itik dan angsa adalah daging yang tidak dibenarkan diimport dari mana-mana negara,” katanya.



 

Daging sejuk beku yang diimport dari Ukraine.

Rabu lalu, susulan pendedahan Sinar Harian, sepasukan pegawai dan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Maqis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyerbu gudang terbabit pada jam 10.30 pagi.

Siasatan mendedahkan kegiatan penyeludupan masuk yang dilakukan sindiket terbabit dipercayai menggunakan dokumen palsu termasuklah borang kastam, permit import, sijil halal atau pun resit bayaran.

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, pada masa sama, sindiket turut mengimport daging dari sumber yang sah sebelum dibawa ke gudang terbabit dan akan diletakkan di satu bahagian khas untuk disimpan.



Pemeriksaan lanjut juga mendapati daging yang dicurigai itu kemudian akan dibungkus semula di dalam sebuah bilik yang dilengkapi mesin pemotong.

Daging tersebut akan dimasukkan di dalam kotak sebelum ditampal dengan pelekat serta dicop dan dilabel seakan-akan daging terbabit adalah halal.

 

Antara kotak-kotak baharu yang ditemui di sebuah gudang kartel di Senai, Johor dipercayai akan digunakan untuk tujuan pembungkusan semula daging sejuk beku yang diimport dari sumber negara yang tidak sah.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker