Bayi dilahirkan dari embrio yang dibekukan 27 tahun

Terkini di My KMU !!!!---->

NASHVILLE: Bayi berusia sebulan di Tennessee, Molly Everette Gibson mencipta sejarah selepas selamat dilahirkan dengan menggunakan embrio yang dibekukan sejak lebih 27 tahun lalu.

New York Times melaporkan Molly dilahirkan dengan berat 2.7 kilogram (kg), hasil embrio dibekukan daripada penderma yang kemudian dipindahkan ke rahim ibunya pada 10 Februari lalu.

Bayi itu kini menjadi anak kepada suami isteri, Tina dan Benjamin Gibson.

Menurut kakitangan penyelidikan di Perpustakaan Perubatan Preston Universiti Tennessee, Amerika Syarikat (AS), embrio itu adalah yang paling lama dibekukan.

Justeru, kelahiran Molly memadam rekod terdahulu yang dipegang oleh kakak kepada bayi itu, Emma Wren Gibson yang dilahirkan dengan kaedah sama, pada 2017.

Embrio Emma dibekukan selama lebih 24 tahun bersama embrio adiknya yang menjadikan mereka sebenarnya ‘adik-beradik genetik.’

“Ketika Tina dan Benjamin kembali untuk menjalani pemindahan embrio, saya gembira kerana masih ada embrio daripada penderma sama yang mendermakan embrio Emma.

“Ini jelas menunjukkan teknologi yang digunakan bertahun-tahun yang lalu dapat memelihara embrio itu untuk tempoh jangka panjang,” kata Pengarah dan Ahli Embriologi Makmal Pusat Pendermaan Embrio Kebangsaan (NECD), Carol Sommerfelt. – AGENSI

[Video] Emma Maembong Lahirkan Bayi Lelaki, Sekali Jadi Buah Mulut Netizen

Leave a Reply