Isu 15000 hektar tanah jatuhkan seorang menteri besar

Isu tanah ni isu kedaulatan. Isu ini sangat sensitif di hati orang Melayu.

Sebab itu kita boleh faham kalau ada parti yang marah sangat bila rancangan jual 15,000 hektar ladang kepada syarikat Singapura diteruskan dengan harga RM342 juta walaupun nilainya RM1bilion. Sampai tergolek seorang Menteri Besar.

Begitu jugalah perasaan kita orang Melayu Islam apabila mendengar 76 ribu hektar sawit milik Tabung Haji (melalui TH Plantations) nak dijual secara besar-besaran pada zaman PH. Termasuklah lebih 6 ribu hektar tanah Sarawak yang dijual kepada syarikat non bumi di bawah harga pasaran.

Kita lawan. Kita UMNO dan PAS lawan.

Tapi bila kita jadi sebahagian daripada kerajaan, rupanya kuasa yang kita ada cuma khayalan sahaja. Kita tak boleh buat apa-apa. Kuasa sebenar masih dipegang orang lama.

Proses penjualan tanah ini berterusan. Ladang Sarawak itu juga akhirnya dipersetujui untuk dijual oleh kerajaan hari ini. Mana suara Menteri Agama? Mana ketegasan Menteri Hal Ehwal Ekonomi? Mana pendirian Perdana Menteri?

Mereka inilah yang ada kuasa menahan penjualan dan mengembalikan semula aset milik orang Islam ke dalam Tabung Haji. Tapi di mana suara mereka?

Namun kita masih melawan. Dalam keadaan sukar, ahli-ahli parlimen UMNO, PAS, GPS bersatu suara berdepan dengan CEO Tabung Haji untuk menyatakan pendirian:

“Tidak ada seinci pun tanah umat ini boleh dilepaskan”

Tapi adakah suara ini didengar?

Akhirnya yang buruk dan busuk nama tetap kita.

Kita.

Ingatlah. Kalau sekiranya 15 ribu hektar ini boleh menjatuhkan seorang Menteri Besar, janganlah ingat penjualan 76 ribu hektar itu tidak boleh mengegarkan Putrajaya

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Umno tolak Ahmad Faizal sebab jual ladang sawit kepada Singapura, kata Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker