Elaun Lokum RM80 sejam berkuat kuasa serta merta – Menteri Kesihatan

Elaun Lokum RM80 sejam berkuat kuasa serta merta – Menteri Kesihatan

Pegawai perubatan yang diarah bertugas selepas waktu pejabat (membuat lokum) di klinik kesihatan kini boleh menuntut Elaun Lokum pada kadar RM80 sejam berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata perkara itu baharu sahaja diputuskan, sekali gus menyelesaikan isu yang menjadi persoalan dalam kalangan pegawai perubatan sebelum ini.

“Timbul isu tentang bayaran elaun untuk doktor yang membuat lokum dan kami telah memohon dan baru sahaja mendapat kelulusan untuk setiap doktor yang membuat lokum dibayar elaun mereka untuk jam yang mereka lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (Mou) antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan IHH Healthcare Malaysia.

Sebelum ini, KKM dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan projek rintis pemanjangan waktu operasi klinik berdekatan hospital pada tahun lepas, telah diteliti dan permohonan untuk meneruskan pembayaran elaun lokum, sedang dalam pertimbangan Agensi Pusat.

Menurut kenyataan itu, pegawai perubatan yang diarah bertugas pada hari Sabtu dan Hari Kelepasan Am masih layak menuntut Elaun Lokum, manakala pada Ahad membabitkan waktu bekerja mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari, boleh menuntut cuti gantian tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

Mengenai majlis berkenaan, KKM hari ini memperbaharui MoU dengan IHH Healthcare Malaysia (IHH Malaysia) untuk menyediakan penjagaan dan rawatan kepada tambahan 500 pesakit kanser dari hospital KKM.

Dzukefly berkata pesakit berkenaan akan mendapatkan rawatan radioterapi dan radiosurgeri di rangkaian hospital IHH Malaysia antaranya Hospital Pantai, Hospital Gleneagles dan Pusat Perubatan Prince Court secara percuma bermula 1 Mac.

“MoU ini turut menyokong Pelan Strategik Kawalan Kanser Kebangsaan (2021-2025) untuk meluaskan akses kepada penjagaan dan rawatan bagi pesakit kanser di negara ini,” katanya.

Memorandum berkenaan ditandatangani oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia Jean Francois Naa disaksikan oleh Dzulkefly dan Pengerusi IHH Healthcare Malaysia Mohammed Azlan Hashim. FMT

Elaun Lokum RM80 sejam berkuat kuasa serta merta – Menteri Kesihatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan biar saya mati macam P Ramlee

Kurma Israel tapi label keluaran Palestin

Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider

Pelukan Abby, Marissa undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker