Tommy jelaskan kepada saya tiada kes untuk dakwa penyokong LTTE – Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui berpuas hati dengan perkhidmatan Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara termasuk dalam isu berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Secara umum saya berpuas hati dengan kerja Tommy. Dia jelaskan kepada saya bahawa tidak ada kes untuk dakwa yang dikatakan penyokong LTTE ini.

“Saya terima penjelasan itu dan menulis kepada Muhyiddin, Menteri Dalam Negeri. Tommy buang kes tersebut. Kemarahan orang Melayu kepada saya memuncak,” katanya dalam blognya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan Tommy dalam bukunya Tommy Thomas My Story: Justice in the Wilderness dan mengakui terkejut dengan petikan di dalam buku berkenaan.

Menurut Mahathir, Tommy asalnya salah seorang peguam yang membencinya tetapi sebelum menjadi Perdana Menteri semula, Tommy telah datang bersama Zainur Zakaria dan Ambiga, kedua-duanya juga pernah pada satu masa menentangnya dan Zainur telah cadangkan nama Tommy sebagai Peguam Negara.

“Pada masa itu saya kecewa dengan sebilangan Peguam Negara Melayu yang bersedia untuk taat kepada Perdana Menteri (Najib) walaupun disuruh melakukan sesuatu yang salah. Saya fikir ia satu perkara yang baik untuk lantik Peguam Negara bukan Melayu.

“Apabila saya jadi Perdana Menteri ke-7, saya putuskan untuk lantik Tommy Thomas. Saya sedar orang Melayu tidak akan suka. Tetapi Peguam Negara Melayu tidak bersungguh dalam profesion mereka. Saya sedia terima kritikan orang Melayu. Tetapi saya tidak dapat halang kecaman orang Melayu atas pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara,” katanya lagi.

Menurut Mahathir, semasa Tommy Thomas jadi Peguam Negara, hubungan mereka baik.

“Dia akan berjumpa saya untuk isu-isu utama. Saya juga percaya dan pertahan dia ketika dikecam orang Melayu. Tempoh khidmatnya hampir tamat. Saya cadangkan anugerah Tan Sri untuk dia.

“Pas tidak pernah secara langsung minta untuk dia digugurkan. Tetapi saya telah terima banyak kecaman kerana dia, dan saya fikir dia tidak perlu lagi disambung perkhidmatan setelah tamat.

“Tetapi apabila saya letak jawatan sebagai PM dia datang berjumpa saya untuk beritahu yang memandangkan saya yang lantik dia dan saya bukan lagi PM maka dia juga rasa perlu letak jawatan.

“Tulisannya berkenaan peletakan jawatan saya cukup hebat. Saya selalu dilabel diktator oleh pembangkang ketika jadi Perdana Menteri. Tak mungkin pembangkang akan puja saya. Itu bukan sifat pembangkang. Tetapi saya letak jawatan pada 2003 kerana rasa terlalu lama jadi PM. Diktator biasanya tidak akan letak jawatan. Tapi sudah pasti yang menentang saya tidak akan berhenti mendakwa saya diktator,” ujarnya. MG

Kes LTTE: Patuh arahan kerajaan atau letak jawatan peguam negara, Maszlee beritahu Tommy Thomas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker