OKU ditemukan maut dalam telaga

OKU ditemukan maut dalam telaga

Seorang warga emas mengalami kurang upaya pendengaran dan percakapan ditemukan maut di dalam sebuah telaga di kawasan rumahnya di Kupang, Baling petang semalam.

Mangsa, Umi Kalsom Jasin, 80, ditemukan oleh seorang saudara yang juga jirannya pada kira-kira 4.30 petang, lapor Kosmo.

Menurut polis, saudaranya menyatakan beliau ternampak mangsa, yang tinggal seorang diri di rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah dan masih dalam keadaan sihat, memotong rumput di belakang rumah kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Saudaranya itu kemudian mendapati mangsa tiada di rumah dan cuba mencarinya di kawasan sekitar sebelum menemukan mayat mangsa di dalam sebuah telaga di belakang rumah dengan jarak kurang 10m.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa dan kawasan sekitarnya tidak menjumpai sebarang unsur jenayah,” kata Ketua Polis Baling Shamsudin Mamat.

Sementara itu, sepupu mangsa, Mohd Nor Hashimi Md. Isa, 54, berkata sebelum kejadian, mangsa pergi ke kedai berhampiran untuk membeli ikan dan barang keperluan lain.

Tambahnya, mayat mangsa ditemukan selepas saudara yang juga jirannya tergerak hati untuk mencari mangsa di kawasan sekeliling rumah selepas mendapati barangan yang dibelinya masih diletakkan di tempat sama di dalam rumah. FMT

OKU ditemukan maut dalam telaga

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker