Bob Lokman Jalani Pembedahan Hari Ini..Semoga Di Permudahkan Segala Urusan.

Pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman, 56, menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) pada jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, hari ini.

Perkara itu dikongsi Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor menerusi Facebook Majlis Ilmu yang turut memohon orang ramai mendoakan semoga pembedahan Bob berjaya.

“Bob akan menjalani pembedahan. Mohon doa daripada seluruh teman-teman. Tiada lawatan dibenarkan oleh pihak berkuasa hospital. Semoga pembedahan abang Bob sukses. Kita pakat-pakat doakan beliau,” tulisnya.
Sementara itu, isteri Bob, Relawati Daud menerusi kiriman WhatsApp memohon maaf tidak dapat berkongsi maklumat terkini berkaitan suaminya.

“Maaf, tak boleh bercakap sekarang. Belum dapat apa-apa maklumat dari hospital dan masih menunggu,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Bob memerlukan bantuan kewangan sebanyak.RM60,000 bagi membolehkan dia menjalani pembedahan jantung dengan segera.

Dalam tempoh dua hari jumlah diperlukan itu dapat dikumpul daripada hasil sumbangan orang ramai dan pelbagai pihak.

Bob ketika dihubungi, Isnin lalu turut mengakui perasaannya kini ‘lain macam’ untuk menjalani pembedahan berkenaan.

“Apa perasaan saya yang sebenar, hanya Allah yang tahu. Tapi, memang lain macam sikit walaupun ikutkan ini adalah pembedahan kali keempat saya. Harap semuanya selamat dan saya kembali sihat semula. Mohon sama-sama doakan saya untuk pembedahan ini,” katanya.

Bob berkata, dia berharap keadaan kesihatannya lebih baik selepas menjalani pembedahan jantung berkenaan-HM

“Terima Kasih Ustaz Kerana Terlalu Ambil Berat Dengan Semua…” – Dari Pembukaan Elewsmart, Ustaz Ebit Lew Bergegas Lawat Bob Lokman Sentuh Hati Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker