“Terima Kasih Ustaz Kerana Terlalu Ambil Berat Dengan Semua…” – Dari Pembukaan Elewsmart, Ustaz Ebit Lew Bergegas Lawat Bob Lokman Sentuh Hati Netizen

Terdengar sahaja sesiapa yang di dalam kesusahan, dengan sepantas yang mampu dia akan muncul menghulurkan bantuan. Tidak kira jauh atau dekat, seikhlas hati dia akan hadir.

Tidak pernah merungut mahupun mengungkit, tidak pernah lelah dan tidak pernah mengira agama atau keturunan, dia akan membantu semampunya. Itulah Ustaz Ebit Lew.

Terbaru Ustaz Ebit Lew bergegas terbang ke Kelantan dari pembukaan pasaraya Elewmart miliknya untuk melawat Bob Lokman, seorang bekas pelakon, pengacara, pelawak dan penulis lirik yang kini sedang sakit dan memerlukan rawatan dengan segera.

Dalam satu muat naik di Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew berkongsi rasa hati dengan pertemuannya bersama Bob Lokman di Pasir Mas, Kelantan.

“Ustaz, tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah.

“Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart terus fly ke Pasir Mas Kelantan ziarah Bob Lokman. Penulis lirik lagu isabella. Saya balik petang ini juga. Pergi balik hari.

Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembedahan jantung esok. Terharu sangat ustaz datang jumpa saya,” tulis Ebit Lew pada satu video pendek di Instagram.

Tambah Ebit, dia dan Bob banyak berbual tentang akhirat dan anak-anak kecil yang masih belajar di madrasah.

“Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah. Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya. Bob Lokman menangis jer tadi.

“Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang bob lokman selama ini Allah balas. InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat,” tulis Ebit Lew lagi.

Ramai yang meninggalkan komen buat Ustaz Ebit Lew yang tidak putus-putus membantu orang ramai.

Ustaz Ebit Lew sememangnya terkenal sebagai pendakwah yang sentiasa menyantuni mereka yang terpinggir seperti fakir miskin, remaja yang terbiar, golongan yang tidak mempunyai rumah dan sebagainya.

Ketika wabak Covid bermula, Ebit Lew memulakan bantuan kepada mereka yang memerlukan hinggalah ke hari ini, usahanya tidak pernah putus-GEMPAK

‘Saya Boleh Mati ‘Anytime’ – Bob Lokman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker