Polis siasat dakwaan anggota pukul pekerja warga Myanmar

Ketua Polis Daerah Seremban Mohd Said Ibrahim berkata, beliau dimaklumkan mengenai klip video berkenaan dan siasatan dijalankan bagi mengesahkan sama ada benar anggota polis terlibat dalam kejadian dipercayai berlaku di Taman Jasmin, Senawang.

SEREMBAN: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang anggotanya memukul pekerja kilang warga asing dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Jasmin, Senawang.

Klip video kejadian ditularkan menerusi media sosial petang semalam

Ketua Polis Daerah Seremban Mohd Said Ibrahim berkata, beliau dimaklumkan mengenai klip video berkenaan dan siasatan dijalankan bagi mengesahkan sama ada benar anggota polis terlibat dalam kejadian itu.

Video Selayang Pula- Pendatang Pakistan Tunjuk Taring, Kebalnya Mereka [Video]



“Jika benar, satu laporan polis akan dibuat dan siasatan sewajarnya akan dijalankan. Tiada sesiapa dibenarkan mengatasi undang-undang sedia ada,” katanya hari ini.

Klip video berdurasi enam saat itu memaparkan seorang lelaki beruniform seperti polis menendang seorang pekerja asing berkali-kali.

Ketika kejadian, mangsa yang dipercayai warga Myanmar duduk secara berderet bersama-sama rakannya yang lain sementara menunggu giliran menaiki bas untuk dibawa ke pusat kuarantin.



Polis pertimbang guna pistol perenjat tangani kes amuk, agresif

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker