Kampung Kastam : Najib janji, Najib tepati



Sebaran :

WALAUPUN bukan lagi perdana menteri, namun Datuk Seri Najib Tun Razak tetap berusaha menunaikan janji yang telah dibuat.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, dia tetap ingat janji-janji yang diikrarkan kepada rakyat ketika menjawat jawatan perdana menteri sebelum inii.

Dan selepas tidak lagi mempunyai kuasa sebagai perdana menteri, beliau tetap berusaha bersuara agar apa yang dijanjikan dapat ditunaikan kepada rakyat.



Antara janjinya termasuk kepada 15 keluarga Kampung Kastam, Pulau Pinang yang diancam pengusiran daripada pihak pemaju.

“Saya pernah memberi jaminan bahawa kebajikan dan keperluan setiap ahli keluarga Kg Kastam akan dipenuhi dan terjamin. Saya tidak lupa. Saya cuba berusaha.

“Alhamdulillah, dapat juga hari ini. Saya serahkan cek pampasan berjumlah RM70,000 kepada setiap 15 keluarga Kg Kastam. Semoga dapat dimanfaatkan dengan baik oleh para penduduk. Najib janji, Najib akan tepati janji,” kata Najib.



Menurutnya dia telah berusaha memperjuangkan pampasan untuk 15 keluarga Kampung Kastam yang diancam pengusiran oleh pada tahun 2015.

Ketika itu, Najib merupakan Perdana Menterinya yang memberi jaminan bahawa keselamatan setiap ahli keluarga Kg Kastam diberi perlindungan oleh pihak polis.

“Keluarga-keluarga yang terjejas ini berbangsa Melayu. Ketika saya PM dahulu, perkampungan ini telah dikenal pasti untuk projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).



“Saya pernah memberi jaminan bahawa kebajikan dan keperluan setiap ahli keluarga Kg Kastam akan dipenuhi dan terjamin. Saya tidak lupa. Saya cuba berusaha,” kata Najib.

Sesi Penyampaian Cek Pampasan kepada 15 keluarga Kg Kastam, Gelugor, Pulau Pinang di kediaman Najib di Taman Duta semalam. Hadir sama Presiden Makkal Sakthi, Datuk Seri RS Thanenthiran.-SM

[VIDEO] Menyamar Sebagai ‘Pegawai Kastam’, Lihat Polis Ini Layan Scammer Sampai Tutup Call


Sebaran :


Leave a Reply