Hangus RM1.2 juta Melayang, Ferrari Sewa Kemalangan

CHICAGO – Sebuah kereta sport mewah, Ferrari Spider terbalik dan terbakar apabila seorang pemandu hilang kawalan dan terlibat dalam satu nahas jalan raya, awal pagi kelmarin.

Kereta mewah dipandu mangsa berusia 22 tahun dengan seorang penumpang berumur 20 tahun itu terbabas di selekoh Oak Street, Lake Shore Drive sekitar pukul satu pagi kelmarin.

Sumber mendakwa kereta dipandu laju merempuh hadangan di Lake Shore Drive sebelum terbalik dan terbakar, lapor stesen televisyen CBS 2.

Polis pula mengesahkan bahawa kereta mewah itu hanyalah disewa untuk kegunaan pada hujung minggu.

Kedua-dua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Northwestern Memorial.

Mangsa dikatakan sedang memandu menuju ke utara bandar ketika kemalangan berlaku.

“Tolong patuhi had laju,” tegas Jabatan Bomba Chicago dalam satu ciapan Twitter tentang kemalangan itu.

Untuk makluman, sebuah kereta Ferrari Spider baharu dianggarkan bernilai $300,000 (RM1.2 juta). – Agensi

Sumber: The Sun

Ferrari SF90 Stradale masuk pasaran Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker