Notis permohonan i-Sinar mulai 15 Disember tular

SEBUAH notis memaparkan kenyataan tarikh permohonan pengeluaran i-Sinar daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tular.

Notis tersebut tidak diketahui lokasinya memaklumkan permohonan pengeluaran i-Sinar daripada Akaun 1 boleh dibuat mulai 15 Disember ini.

Selain itu notis tersebut turut memaklumkan mengenai pengaktifan i-Akaun ahli.

“Saluran penyata caruman pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun ahli pengemaskinikan no. telefon.”

Demikian seperti tertulis pada notis tersebut yang tular dalam media sosial hari ini?

Bagaimanapun, tinjauan Suara Merdeka di laman web dan media sosial KWSP tiada sebarang makluman mengenai pengeluaran i-Sinar dimuat naik.

Namun, KWSP sebelum ini memberitahu sedang menambah baik permohonan pengeluaran i-Sinar dan perkara itu akan dimaklumkan hari ini.

Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada notis tersebut, timbul persoalan apabila permohonan tersebut bermula pada 15 Disember 2020 iaitu kira-kira dua minggu sebelum tahun 2020 berakhir.

15 Disember juga merupakan hari terakhir perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2021 dan persidangan Dewan Rakyat bagi tahun ini.

Sekiranya terdapat kepincaangan berlaku dalam permohonan dan pengeluaran KWSP tidak seperti diharapkan rakyat, adakah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berkesempatan mempertikaikan janji yang diberikan oleh kerajaan? – SM

i-Sinar: Langkah berlebihan pada kamu, tetapi pada rakyat mereka perlu – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker