Malaysia minta salah faham Eropah terhadap minyak sawit diperbetul

Malaysia meminta supaya Kesatuan Eropah menyedari bahawa salah anggap terhadap kelestarian minyak sawit di Eropah telah memberi impak negatif yang sangat besar kepada industri tersebut di Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussien berkata, salah faham tersebut telah menyebabkan kehidupan lebih daripada 500,000 pekebun kecil sektor peladangan sawit terjejas.

Malah, apa yang lebih buruk, ia turut memberi kesan berganda kepada pekebun itu sendiri, keluarga dan masyarakat setempat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Josep Borell di atas pendekatan peribadi beliau sentiasa berhubung dengan kami di ASEAN.

“Bagi Malaysia, apa yang diberi perhatian adalah perbualan konstruktif berhubung minyak sawit terutama sekali mengenai status semakan semula Peraturan Delegasi RED II dan pendekatan-pendekatan untuk menangani pandangan negatif minyak sawit di Eropah,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-Kesatuan Eropah (EU).

Tambahnya, mereka turut mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan beberapa isu penting berkaitan minyak sayur dalam Terma Rujukan (TOR) Kumpulan Kerja Bersama dan selepas rundingan selama dua tahun, EU dan negara-negara anggota Asean kini mampu mencapai kata sepakat.

Menurut Hishamuddin, perkembangan positif itu adalah satu kejayaan penting dalam hubungan dengan EU. MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker