Langkah Sheraton : Khairuddin pertahan Hishammuddin

Terkini di My KMU !!!!---->

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak pernah terlibat, apatah lagi menjadi perancang utama dalam Langkah Sheraton untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu disahkan sendiri oleh bekas Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sambil mendakwa beliau sendiri berhubung dengan ramai pemimpin politik atas dasar bagi menjalinkan persahabatan dan bertukar-tukar pendapat ke arah merealisasikan ketenteraman lanskap politik tanahair.

“Sebab itu saya tahu apa yang berlaku pada waktu tersebut!

“Namun, tidak dinafikan Hishamuddin mempunyai kekuatan tersendiri kerana terdapat lebih kurang 24 ahli Parlimen UMNO menyokong beliau sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong kononnya Hishammuddin terlibat dan menjadi salah seorang perancang utama kepada Langkah Sheraton.

Chin Tong selaku bekas ahli Parlimen Kluang mendakwa, Langkah Sheraton bermula dengan Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019 yang direncanakan oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Hishammuddin sendiri.

Menurut Khairuddin, dakwaan Chin Tong kurang tepat namun apabila menyentuh tentang pembabitan Azmin serta Hamzah selaku perancang utama Langkah Sheraton adalah fakta yang nyata.

“Bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu tiada gambaran langsung pada waktu perancangan tersebut dibuat. Kesetiaan Hishammuddin kepada UMNO amat kental.

“Beliau adalah seorang tokoh pemimpin yang cukup berhati-hati dalam setiap langkah atau percaturan politiknya. Tidak mudah untuk sesiapa pun hendak mempengaruhinya dalam gerakan politik,” katanya.

Khairuddin tidak menolak kemungkinan dakwaan Chin Tong itu berlandaskan andaian beliau semata-mata

“Kenyataan Chin Tong kemungkinannya berteraskan pada persepsi peribadi beliau semata-mata!

“Saya pernah berjumpa dengan Hishammuddin suatu masa dahulu untuk tujuan mencari satu formula kesepakatan dalam lanskap politik tanahair.

“Tetapi pada waktu itu, beliau tetap dengan pendiriannya hanya mahu tumpu ke arah melaksanakan agenda bagi menguatkan semula UMNO saja!

“Isu-isu lain, beliau tidak mahu terlibat secara langsung ataupun tidak langsung,” katanya lagi. MG

Mahathir yang ‘Kencing’ atau Azmin yang ‘Hancing’?

Leave a Reply