Covid-19 : 851 kes baru hari ini dengan 2 kematian

Terkini di My KMU !!!!---->

Sebanyak 851 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 68,020 kes.

Dua lagi kematian turut dicatatkan.

Johor mencatatkan 102 kes baru, dipercayai kali pertama negeri itu mencatat jumlah tiga angka bagi kes baru.

Sebanyak 64 kes baru di negeri itu mempunyai kaitan dengan kluster sedia ada manakala 23 lagi kes melibatkan kluster baru.

Lembah Klang masih mencatatkan jumlah kes tertinggi (39.2 peratus) diikuti Sabah (26.9 peratus) dan Johor (12 peratus).

Status Terkini COVID19, 2 Dis 2020

Kes sembuh=658
Jumlah kes sembuh=56,969 kes
Kes baharu positif=851 kes
(kes import=4 kes tempatan=847)
Jumlah positif=68,020 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian=365 kes
Kes dirawat di ICU=122 kes
Bantuan Alat Pernafasan=47 kes

5 kluster baharu dilaporkan membabitkan KL (3), Selangor (2) dan Johor (1).

Secara keseluruhan, jumlah kes baharu dalam kluster baharu ini adalah; 85 kes.

#kkm

Berita lanjut menyusul

Leave a Reply