Pelombong emas haram ceroboh hutan simpan di Lahad Datu

LAHAD DATU: Kumpulan pelombong mampu memperoleh kira-kira empat kilogram emas setiap kali aktiviti melombong secara haram dilakukan.

Begitulah lumayannya hasil yang diperoleh pelombong yang menceroboh masuk ke kawasan Sungai Bole di Hutan Simpan Ulu Segama Malua.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, Asisten Komisioner Toipi Lamat berkata, kegiatan perlombongan emas itu dipercayai sudah berlanjutan sejak tahun 90-an lagi.



Ia hasil daripada penemuan ratusan lubang dan terowong sepanjang Sungai Bole menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dilaksanakan secara bersama oleh PGA Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan Tabung Hidupan Liar (WWF) baru-baru ini.

“Melalui operasi yang dijalankan pada 14 Ogos lalu, pasukan kita berjaya menemukan 103 lubang dan terowong yang aktif dipercayai baharu dikorek dan jumlah ini tidak termasuk lubang yang wujud di sepanjang lapan kilometer di sungai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Toipi berkata, setakat ini tiada tangkapan yang dibuat kerana pelombong haram sudah meninggalkan kawasan tersebut lebih awal sebelum pasukan operasi melakukan serbuan.

Walau bagaimanapun, menerusi operasi susulan pada 8 Oktober lalu menemukan senjata api buatan sendiri atau bakakuk dan peluru hidup yang disimpan agak jauh daripada pondok yang dipercayai digunakan oleh pelombong haram.



PONDOK yang dipercayai didirikan oleh pelombong haram di kawasan Hutan Simpan Ulu Segama Malua, Lahad Datu, Sabah. – IHSAN PGA

Pemeriksaan di beberapa lubang juga menemukan barang makanan, peralatan dapur, barangan peribadi serta peralatan melombong.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya turut memusnahkan 14 pondok yang dijadikan tempat penempatan sementara yang dipercayai didirikan oleh pelombong haram.

Jelas beliau, penemuan barangan wanita di kawasan pondok itu memberi gambaran aktiviti perlombongan haram itu turut disertai oleh kumpulan wanita.

Maka, pasukan Tiger Platun dengan kerjasama Jabatan Perhutanan akan cuba mengesan individu terlibat dengan melakukan pemantauan lebih kerap di kawasan Hutan Simpan Ulu Segama Malua bagi menghentikan kegiatan perlombongan haram berkenaan.



Pada Jumaat, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali memaklumkan sebanyak 66 kes membabitkan 73 tangkapan dan rampasan bernilai kira-kira RM3.2 juta berjaya dilakukan sepanjang tiga bulan OBK dilaksanakan di Sabah. – UTUSAN

Pelombong emas haram ceroboh hutan simpan di Lahad Datu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




 

Mahathir Arah Batalkan Permohonan Semula Pulau Batu Puteh Tanpa Kebenaran Kabinet?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker