Resepi Sate Daging Merecik

Resepi Sate Daging Merecik

Setiap kali ke pasar malam, mesti akan beli sate daging atau ayam banyak-banyak untuk hidangan makan beramai-ramai. Sedap betul bila kita makan sate yang isinya besar, dan murah. Rasa pulak sedap dengan kombinasi dengan kuah yang disediakan.

Tapi sekarang ni, agak susah sikit nak dapatkan sate dengan harga yang mampu milik. Jadi, bila scrolling Facebook, terjumpa satu resipi macam mana cara buat nak buat sate yang sedap.



Ikuti resepi dari perkongsian Cik Puan Siti Norizan ini. Memang ‘merecik’ dibuatnya guna resipi perapan ini.

Bahan utama:

3kg daging -potong kiub untuk sate
Bahan kisar:

2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
1 labu bwg putih
2 inci halia
4 batang serai



Bahan perap:

2 keping gula melaka – potong kecil
1 ½ cawan gula putih + gula perang
3 sudu kecil garam
4 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar serbuk jintan manis
4 sudu besar serbuk jintan putih
4 sudu besar serbuk ketumbar

Cara penyediaan:

1. Mula-mula sekali, kisar bahan blend sehingga hancur lumat.



2. Perapkan semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas daging yang dipotong kiub. Sebatikan perap semalaman dalam peti ais. Lagi lama perap lagi sedap

3. Cucuk sate dengan lidi dan bakar dalam selama 40 minit atau sehingga sate masak.

4. Air perapan satay tadi jangan buang. Boleh gunakan untuk kuah kacang. Cuma tambahkan beberapa bahan sahaja.

5. Sedia untuk dihidang bersama kuah kacang.



Resepi Sate Daging Merecik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib



Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker