Anwar sedia letak jawatan?

Kenyataan Anwar sedia letak jawatan jika gagal tolak belanjawan palsu

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bersedia meletakkan jawatan sekiranya gagal menolak Belanjawan 2021 pada peringkat jawatankuasa.

“Tindakan tidak bertangungjawab ini jelas dibuat bagi mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak,” kata kenyataan pejabat Ketua Pembangkang itu hari ini.

Sebelum itu, tular di media sosial satu kenyataan yang didakwa dari Anwar yang menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) supaya tidak gusar dengan kegagalan mereka menolak belanjawan 2021 di Parlimen baru-baru ini.

Dalam kenyataan palsu itu, Anwar kononnya mahu semua pihak melupakan kekhilafan PH kerana tidak bangun untuk undi belah bahagi. MG

Nota : Bersemangat ketika baca surat tersebut tetapi hampa, palsu rupanya.

DAP sedia kerjasama dengan Muhyiddin jika Hamzah, Azmin letak jawatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker