Pakar Perunding Buah Pinggang Negara Tegur Timbalan Menteri Kesihatan Kerana Beri Nasihat Salah

Pakar Perundingan Perubatan dan Buah Pinggang yang terkenal Dr. Rafidah Abdullah yang menjadi rujukan ramai telah menegur Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Noor Azmi melalui satu status yang dimuat naik di laman Facebook beliau malam tadi.

 



Pakar Perunding Perubatan dan Buah Pinggang berkenaan menegur Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan kerana memberikan nasihat yang salah dengan mencadangkan satu supplement yang dikenali Double X  kepada pesakit buah pinggang kronik melalui satu mesej yang telah dikongsi oleh Pakar Perunding bekenaan.

 

 



Melalui carian di internet supplement Double X yang dimaksudkan berkemungkinan supplement Nutrilite  Double X dari  Syarikat Amway.

 

Walaupun timbalan menteri berkenaan datang daripada latar belakang perubatan namun nasihat yang diberikan adalah diluar bidang kepakaran beliau. Ini menjadi satu kesalahan kerana memberi nasihat yang salah diluar kepakaran beliau akan menyebabkan pesakit tidak mendapat nasihat perubatan yang betul dan berkemungkinan boleh mendatangkan mudarat kepada pesakit.



Melalui maklumat yang dikongsikan oleh warga maya di status Dr. Rafidah berkenaan, Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan pernah terlibat dalam syarikat jualan langsung Amway yang berpusat di Amerika Syarikat itu dan berstatus Pergedar Terus Intan (Dipetik dari Amagram Amway Malaysia, Oktober 2005)

 

Sehingga berita ini ditulis Timbalan Menteri Kesihatan tersebut masih belum memberi maklumbalas berhubung perkara tersebut.



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker