KKM jelaskan proses pesakit ‘ditidurkan’ (Intubasi)

KKM tampil memberi penjelasan berhubung proses intubasi atau 'ditidurkan' itu yang menjadi ketakutan ramai.

KKM jelaskan proses pesakit ‘ditidurkan’ (Intubasi)

SEJAK kebelakangan ini, perkataan ‘ditidurkan’ memberi tanggapan negatif kepada umum sehingga pelbagai teori konspirasi timbul kononnya pesakit yang melalui proses itu pada akhirnya akan meninggal dunia.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) tampil memberi penjelasan berhubung proses intubasi atau ‘ditidurkan’ itu yang menjadi ketakutan ramai.



Dalam kenyataan di Facebook, KKM menjelaskan tanggapan itu hanyalah salah faham yang wajar dibetulkan agar maklumat tidak tepat dapat dibendung penyebarannya.

Menerusi infografik yang turut dikongsi dalam hantaran sama, kementerian itu menegaskan, kaedah intubasi yang dikatakan sebagai salah satu cara untuk mematikan pesakit dengan kaedah yang paling ‘selamat’ adalah mitos semata-mata.

Faktanya, KKM memberitahu proses intubasi ialah usaha paling optimal untuk menyelamatkan nyawa terutama apabila seseorang pesakit mengalami keadaan klinikal yang kritikal dan mengancam nyawa.



“Pesakit yang ditidurkan dan kemudian meninggal dunia bukan disebabkan oleh proses ditidurkan itu tetapi disebabkan status kesihatan yang semakin kritikal dan kegagalan organ yang semakin merosot,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, KKM memberitahu terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang pesakit itu perlu ditidurkan.

Antara indikasi itu adalah pesakit tidak boleh bernafas dengan sendiri dan tahap oksigen yang rendah dalam darah pesakit.

Selain itu, kemerosotan fungsi organ utama dan saluran pernafasan tersumbat juga membuatkan pesakit perlu ditidurkan.



“Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyemak kesahihan video yang ditularkan agar ia tidak menyebabkan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Maklumat sahih hanya boleh diperolehi daripada KKM,” katanya. Utv

KKM jelaskan proses pesakit ‘ditidurkan’ (Intubasi)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn

Isu Tyzo, DJ Lin akan dedahkan Jumaat ini



Makin lawa Mawar Rashid lepas menjanda

Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker