Anwar, Elon Musk adakan pertemuan minggu hadapan

Anwar, Elon Musk adakan pertemuan minggu hadapan

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, satu pertemuan di antara beliau dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk akan diadakan pada minggu hadapan.

Perdana Menteri memberitahu, perjumpaan tersebut antara lain adalah untuk membincangkan berkenaan penambahan pelaburan oleh hartawan tersebut di negara ini.



“Minggu hadapan, Elon Musk meminta untuk berunding dengan saya, untuk bincang kemungkinan komitmen beliau untuk tambah pelaburan di Malaysia,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed.

Sementara itu, Anwar memberitahu, bagi menguruskan pendekatan ekonomi negara, tumpuan tentulah antaranya untuk meningkat pelaburan domestik dan menarik pelaburan asing.

“Minggu lalu saya jumpa pelabur-pelabur Jepun yang mahu menambah dan mengembangkan pelaburan mereka, beberapa bulan yang lalu saya ke negara China, hasil pelaburan China ke Malaysia adalah paling tinggi dalam sejarah.



“Ini penting, jika tiada pelaburan, pengangguran akan meningkat, ekonomi tidak akan berkembang, restoran, hotel dan lain juga akan terjejas,” katanya lagi. Utusan

Anwar, Elon Musk adakan pertemuan minggu hadapan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini



Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker