Waris Pak Lah Cecupak Terima Faedah Perkeso

Terkini di My KMU !!!!---->

KUALA NERUS – Waris anggota kumpulan komedi, Pak Lah Cecupak yang meninggal dunia Sabtu lalu menerima faedah pencen penakat RM950 sebulan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, pihaknya turut menyampaikan faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000 kepada waris Pak Lah atau nama sebenarnya Noor Affendi Nurdin, 53.

ROHAMIZA (dua dari kiri) menerima replika cek faedah Perkeso daripada Farihah (kiri) sambil diperhati anak-anaknya di Wakaf Tengah di Kuala Nerus semalam.

Beliau berkata, balu Pak Lah, Rohamiza Ali, 52, layak menerima faedah pencen penakat tersebut sepanjang hayatnya sementara anak bongsu arwah, Muhammad Daniel, 18, pula sehingga dia menamatkan pengajian.

“Sebaik mengetahui berita kematian arwah (Pak Lah Cecupak) pada Sabtu lalu, Perkeso Terengganu telah mengambil inisiatif melakukan semakan.

“Kami segera meluluskan pemberian faedah pengurusan mayat dan pencen penakat menerusi Skuad Prihatin Perkeso demi kebajikan waris,” katanya ketika menziarahi Rohamiza dan keluarganya di Wakaf Tengah di sini semalam.

Pak Lah Cecupak turut meninggalkan dua anak lain iaitu Nor Amalina, 25, dan Muhammad Shahrul Nizam, 23.

Farihah berkata, Perkeso Terengganu sedia membantu Muhammad Daniel mendapat latihan kemahiran bersesuaian untuk membantu menyara keluarga selepas ketiadaan bapanya. – K! ONLINE

Al-Fatihah : Pak Lah Cecupak Meninggal Dunia Kanser Usus

Leave a Reply