Ketereh bukan macam Seputeh, rakyat tidak diminta minum sesudu sawit, kata Annuar kepada Teresa

Terkini di My KMU !!!!---->

Teresa Kok (PH-Seputeh) memberitahu Annuar Musa, Kuala Lumpur berbeza daripada bandar yang diwakili Menteri Wilayah Persekutuan itu – Ketereh – sehingga aktiviti perniagaan kecil-kecilan boleh dijalankan di kaki lima dengan sesuka hati.

Menurut Kok, sebagai wakil rakyat di kawasan Kuala Lumpur, dia sering mendapat aduan daripada persatuan penduduk yang berdepan masalah penjaja tanpa lesen yang membuka gerai sesuka hati sehingga menghalang lalu-lintas dan menyebabkan kekotoran.

“KL adalah capital city (bandar raya) bertaraf antarabangsa bukan macam Ketereh tau, kampung tau suka-suka boleh buka satu meja di tepi jalan, tak ada orang buat bising… KL bukan macam ni,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Annuar kemudian menyanggah kenyataan itu dan menyifatkan Kok memandang rendah kawasannya itu dan pada masa sama kelihatan seperti tidak mengambil serius dengan kenyataan yang dibuat tadi.

“YB dah berapa lama sampai ke Ketereh? Nanti saya bagi tiket kapal terbang percuma ya? Sebab YB tak pernah sampai ke Ketereh.

“Jadi tak usahlah rendah-rendahkan Ketereh. Ketereh tu tempatnya baik. Nanti YB datang bercuti di Ketereh saya belanja, no problem (tak ada masalah),” katanya.

Terdahulu, ketika sesi penggulungan perbahasan menteri bagi Belanjawan 2021, Annuar menjelaskan isu berhubung KL “wilayah bebas berniaga” sebagai menjawab soalan Kok.

Sebelum dicelah oleh Kok, Annuar turut menyindir seruan ahli parlimen itu mengenai khasiat minum minyak sawit ketika dia menyandang jawatan sebagai Menteri Industri Utama sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan.

“Program wilayah bebas peniaga ini tidak bermaksud penjaja boleh berniaga di mana-mana termasuk jalan nak datang ke parlimen kerana itu jalan protokol.

“Jalan protokol adalah tidak dibenarkan aktiviti penjajaan dan jauh sama sekali pendekatan ini nak menjadikan Kuala Lumpur seperti Ketereh sepertimana yang didakwa oleh YB Seputeh.

“Dalam hal-hal tertentu, Ketereh sebenarnya lebih baik daripada Seputeh sebab wakil rakyatnya sentiasa mesra kepada penjaja kecil dan cakna pada kesusahan rakyat dan wakil rakyatnya tidak meminta orang Ketereh minum sesudu sawit untuk bertambah sihat,” kata Annuar.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya sebagai peluang kepada mereka yang hilang pekerjaan sewaktu pandemik Covid-19 menyara hidup. Ia berkuatkuasa pada 15 Nov.

Bagaimanapun, mereka dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Annuar ingatkan Teresa, KL bukan untuk peniaga besar sahaja

Leave a Reply