Belanjawan 2021: Annuar sanggah isu 3 pilihan Fadli Shaari

Terkini di My KMU !!!!---->

Setiausaha Agung BN, Annuar Musa berkata tidak timbul isu tiga pilihan yang perlu dibuat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas pengundian Belanjawan 2021, yang dijangka esok di Dewan Rakyat.

Annuar berkata, ini kerana dia yakin Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 akan diluluskan Dewan Rakyat dengan mudah.

“Tidak berbangkit. Insya-Allah, belanjawan (akan) diluluskan dengan mudah,” kata anggota Parlimen Ketereh itu kepada Malaysiakini.

Annuar mengulas kenyataan seorang anggota parlimen PAS bahawa Muhyiddin mempunyai tiga pilihan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.


Pilihan pertama, menurut Anggota Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadli Shaari dalam wawancara di laman Facebook Kelantan TV , adalah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan seterusnya mengadakan pilihan raya.

Pilihan kedua adalah untuk Muhyiddin dan menteri kabinet Perikatan Nasional (PN) meletakkan jawatan.

Pilihan ketiga pula, yang menurut Fadhli sebagai tidak popular, adalah mengisytiharkan darurat.

Pandangan yang sama turut dikongsi penganalisis politik Prof Sivamurugan Pandian.

Akhir bulan lalu, sebelum Dewan Rakyat bersidang, Muhyiddin yang menghadapi tekanan dari pembangkang dan parti dalam PN memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Ia dikatakan bagi membendung penularan Covid-19, walaupun ada pihak mendakwa ia agar sidang Dewan Rakyat tidak perlu diadakan.

Bagaimanapun Agong selepas berbincang dengan Raja-raja Melayu memutuskan untuk menolak permohonan itu, sebaliknya menasihati semua anggota parlimen untuk menyokong Belanjawan 2021.

Pada awalnya, ahli politik dari kedua-dua belah parti bersetuju untuk mengikut nasihat Agong namun sejak akhir-akhir ini, keputusan mereka dilihat berbelah bahagi. Mk

MP PAS bagi 3 pilihan buat Muhyiddin

Leave a Reply