Al-Fatihah : Pak Lah Cecupak Meninggal Dunia Kanser Usus

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Nor Affendi Nurdin atau lebih dikenali sebagai Pak Lah Cecupak, 53, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada jam 11.07 pagi tadi.

Allahyarham Pak Lah disahkan menghidap barah usus tahap empat sejak Julai lalu.
Allahyarham Pak Lah disahkan menghidap barah usus tahap empat sejak Julai lalu.

Pak Lah disahkan menghidap barah usus tahap empat sejak Julai lalu.

Isteri Allahyarham, Rohamiza Ali, memberitahu, sebelum menghembuskan nafas terakhir, suami sempat berbual biarpun pertuturannya tidak jelas.



“Sejak sakit, arwah kerap berulang alik ke hospital.

 

Allahyarham Pak Lah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, pagi tadi.
Allahyarham Pak Lah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, pagi tadi.

 

“Doktor mengesahkan barah usus dihidap suami sudah merebak ke hati. Saya dan anak reda dengan dengan takdir ini,” katanya kepada BH Online.



Rohamiza berkata, jenazah suami akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Wakaf Tengah, Kuala Terengganu, selepas Asar.

Sepanjang perkahwinan Allahyarham dan Rohamiza, mereka dikurniakan tiga anak.

BH Online pernah melaporkan tahap kesihatan arwah Pak Lah yang perlu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 12 kali.



Sepanjang rawatan, pergerakan arwah agak terbatas dan memerlukan bantuan kerusi roda selain sukar membuang air besar.

Pak Lah pernah bekerja dengan organisasi dikenali sebagai Kampung Karyawan Koloni Amanjaya, People Of Remarkable Talents (PORT) di Ipoh, Perak, sebagai pencipta lagu.-BH

Semoga Roh Arwah DiCucuri Rahmat olehNYA. Amin

Pak Lah tabah hadapi kanser usus tahap 4



Pak Lah masih sihat, berita palsu kesihatan merosot



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker