Saman RM8 juta: Peguam Kamarul nafi dakwaan Aziz Isa

Peguam kepada penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff menafikan dakwaan pembantu seorang Ahli Parlimen DAP tidak diberitahu mengenai saman RM8 juta dikemukakan terhadapnya.

Faidhur Rahman Abdul Hadi berkata, pihaknya juga akan menentang keras sebarang permohonan daripada Abdul Aziz Isa, pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, mengetepikan perintah mahkamah untuk membayar RM8 juta kepada Kamarul sebagai ganti rugi dalam kes saman fitnah.

“Saya akan menentangnya dengan keras di mahkamah kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Faidhur juga nenjawab dakwaan Abdul Aziz dan berkata, pihaknya melalui firma guaman Tetuan Azril & Associates sudah menyerahkan writ dan pernyataan tuntutan kepadanya.

Beliau berkata, pihaknya mengikut semua prosedur ketat bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan perintah lain oleh mahkamah sehingga mahkamah mengeluarkan penghakiman ingkar itu.

“Firma guaman saya membuat beberapa cubaan untuk menyampaikan writ dan pernyataan tuntutan kepada defendan di alamat terakhir defendan (Abdul Aziz) yang diketahui tetapi tidak berjaya.

“Selepas itu, saya memohon kepada mahkamah dan mendapat perintah untuk membuat penyampaian ganti yang mana Tetuan Azril & Associates melaksanakannya dengan menampalkan writ dan pernyataan tuntutan di alamat terakhir defendan di Sarawak, di Mahkamah Tinfri di Kuching, Sarawak dan juga membuat iklan notis penyampaian ganti dalam akhbar The Borneo Post,” katanya.

Dalam pada itu, Faidhur menafikan sekeras-kerasnya dakwaan peguam Abdul Aziz mengenai jumlah ganti rugi diberikan kepada plaintif sebanyak RM8 juta tidak masuk akal dan melampau.

Beliau berkata, perbandingannya dengan kes ahli keluarga banduan yang mati dalam jagaan polis mendapat hanya RM400,000 disifatkan seperti membandingkan buah epal dan oren.

“Ini kerana kes ahli keluarga banduan dan kes fitnah berbeza situasinya.

“Saya juga menegaskan jumlah ganti rugi untuk kes fitnah ditentukan mahkamah dan sememangnya ada duluan yang mana mahkamah memutuskan untuk memberikan ganti rugi berjumlah berjuta-juta ringgit seperti dalam kes Ling Wah Press (M) Sdn Bhd & Ors v Vincent Tan Chee Yioun yang mana plaintif diberikan ganti rugi RM7 juta.

“Maka berdasarkan duluan ini dan duluan lain saya menolak sebarang dakwaan jumlah ganti rugi diberikan kepada plaintif melampau,” katanya.

Semalam, Abdul Aziz berkata akan memohon mengetepikan perintah mahkamah untuk membayar RM8 juta kepada Kamarul.

Abdul Aziz berkata, beliau terkejut apabila mengetahui Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman itu.

Ini kerana beliau tidak hadir di mahkamah disebabkan tidak menerima writ saman dan kenyataan tuntutan daripada peguam Kamarul.

Abdul Aziz hanya mengetahui mengenai keputusan mahkamah itu menerusi media sosial.

Kamarul, pensyarah di Universiti Utara Malaysia memaklumkan memperoleh penghakiman untuk Abdul Aziz membayarnya RM8 juta sebagai ganti rugi kerana memfitnah beliau.

Mahkamah turut memerintahkan Abdul Aziz membayar faedah 4% setahun atas ganti rugi itu dan membayar kos tindakan berkenaan RM10,000 kepadanya atas 22 tuduhan fitnah.

Kamarul mendakwa Abdul Aziz menfitnahnya menerusi media sosial dan penulisan artikel yang antara lain mempertikaikan kelayakan akademik beliau dan menggambarkannya sebagai seorang yang sibuk dengan agama orang lain dan goyah iman. FMT

Aziz Isa terkejut beruk kena saman RM8j

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker