Jenazah Bayi Yang Dibuang Selamat Dikebumikan

Petaling Jaya: Jenazah bayi perempuan yang dibuang di hadapan sebuah masjid di Sungai Way, di sini, Ahad lalu, selamat dikebumikan hari ini.

Mayat bayi itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan PJS 4 Kampung Medan selepas disolatkan di Masjid Jumhuriyah, Taman Dato Harun kira-kira jam 11 pagi tadi.

Nurul Hidayah Bahaudin

Urusan pengebumian bayi itu dilakukan Pertubuhan Setia Kasih Fardu Kifayah dan Cinta Amal Ampang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pengasas Pertubuhan Setia Kasih Fardu Kifayah, Shahrol Mohamad berkata, sekumpulan pemandu kereta tunda juga berarak sepanjang urusan pengebumian bayi berkenaan.



“Kebanyakan ahli dalam pertubuhan ini adalah terdiri daripada pemandu kereta tunda termasuk saya sendiri.

“Tujuan kami mengadakan perarakan berkenaan adalah sebagai tanda sokongan sesama kami dalam melakukan tugas kebajikan terbabit selain memberikan imej positif kepada orang ramai mengenai pemandu kereta tunda,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mayat bayi berusia empat bulan berkenaan ditemui dibungkus dalam plastik dan diletakkan di sebelah tayar kereta di depan masjid berkenaan.

Pihak polis turut menemui sekeping nota yang meminta bantuan masjid menguruskan mayat bayi berkenaan di lokasi terbabit.



Susulan itu, polis menahan sepasang kekasih di sebuah bilik hotel di Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sharol berkata, bantuan urusan pengebumian jenazah bayi berkenaan adalah tugas kebajikan ketiga dilakukan pertubuhan terbabit dalam tempoh beberapa bulan lalu.

“Sebelum ini, kami ada membantu membuat pembayaran bil hospital seorang wanita warga Indonesia yang menerima rawatan di Hospital Ampang.

“Tugas-tugas kebajikan sebegini akan diteruskan pihak kami dari semasa ke semasa,” katanya.



“Tolong Uruskan Jenazah Anak Saya dan Kebumikan Dengan Cara Islam” – Nota misteri ditinggalkan di sisi mayat bayi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker