[VIDEO] “Aku Tertipu Ke Ni?”- Baru First Time Keluar Dating, Gadis Ini Dah Kena Tinggal Daa…..
Dengan adanya platform media sosial yang semakin popular dan mengembang, aplikasi dating menjadi salah satu aplikasi kesukaan buat individu yang bujang
Kini, aplikasi online dating ini menjadi pilihan ramai anak muda untuk berkenalan antara satu sama lain.
Bermula daripada bermesej, kemudian diajak bertemu untuk pertama kalinya. Namun, ada baik dan buruknya aplikasi dating ini disebabkan itu anda perlu lebih berhati-hati ketika mengenali seseorang.
Tidak semua orang di dalam aplikasi tersebut boleh dipercayai bulat-bulat. Seperti yang berlaku kepada seorang gadis ini apabila dia ditinggalkan keseorangan diri oleh lelaki yang dikenalinya di dalam satu aplikasi dating.
Bagi alasan nak cuci kereta dan kemudian ditinggalkan
Menerusi video perkongsian di TikTok, gadis tersebut memberitahu hari ini adalah pertama kali dia akan berjumpa dengan lelaki yang dikenalinya di satu aplikasi dating untuk keluar bersama.
Tetapi, lelaki berkenaan secara tiba-tiba memberi alasan ingin pergi ke kedai mencuci kereta sebentar dan meninggalkan gadis itu berseorangan.
Hampir setengah jam menunggu tapi tak sampai-sampai
Setelah menunggu lelaki tersebut hampir setengah jam, dia kemudian membuat panggilan dan juga mengirim mesej kepadanya namun, tidak berbalas.
Gadis itu mulai risau dan bingung mencari cara untuk pulang kerana secara kebetulan dia tidak mempunyai wang yang banyak di dalam dompetnya.
Mujur selepas itu rakan lelakinya datang dan mengambil di lokasi yang telah ditinggalkan oleh lelaki tersebut.
VIDEO DIBAWAH:
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=QMot_llatPU[/embedyt]Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut bersimpati atas nasib yang menimpa gadis tersebut dan menasihatinya agar lebih berhati-hati selepas ini
Image via @lynaamrose (TikTok)
Image via @lynaamrose (TikTok)
Image via @lynaamrose (TikTok)
Image via @lynaamrose (TikTok)
Image via @lynaamrose (TikTok)
Image via @lynaamrose (TikTok)
Siasat dulu sebelum mengenali seseorang ya. Ambil iktibar dengan perkara yang terjadi.
Kredit: Seismik
https://mykmu.net/2017/02/08/skandal-forex-dosa-ada-expiry-date-ka/