Hanya mesyuarat biasa bukan mesyuarat khas – Ahmad Maslan

SUA UMNO Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan tiada mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau mesyuarat tergempar melibatkan pemimpin parti itu di Menara Dato’ Onn pada Khamis malam.

Menurutnya, beberapa pemimpin parti hanya mengadakan mesyuarat biasa namun pada masa sama, beliau mengesahkan mesyuarat itu ada membincangkan isu manifesto pilihan raya.

Begitupun, katanya, ia hanyalah mesyuarat biasa kerana UMNO memang selalu bermesyuarat dan banyak perkara dibincangkan dari semasa ke semasa.

“Sekarang ini kami dalam sesi libat urus, kini dalam sesi kali kedua, bertemu dengan bahagian-bahagian di peringkat kedua.



“Sebagai contoh pada hari ini, Bahagian Bera adalah salah satu bahagian yang ada sesi libat urus, tempat Perdana Menteri. Pada hari ini juga, kebetulan Bagan Datuk, sesi libat urus melibatkan Presiden UMNO juga diadakan.

“Sesi libat urus Pontian (tempat Ahmad) telah diadakan sebelum ini. Tiada apa luar biasa berlaku malam ini. Kalau ada luar biasa, kami akan maklumkan tapi malam ini tiada apa luar biasa. Semua biasa-biasa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Menara Dato’ Onn pada Khamis malam.

Mengulas kehadiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang tadi, Ahmad berkata sebagai Naib Presiden UMNO, sudah tentu banyak perbincangan dibuat di Ibu Pejabat UMNO itu yang turut melibatkan Ahli Parlimen Bera itu.



Dalam pada itu, ketika ditanya kemunculan bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali ke Menara Dato’ Onn, Ahli Parlimen Pontian itu berkata kunjungan daripada pelbagai pihak adalah perkara biasa.

“Banyak pihak melakukan kunjungan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Kalau nak senaraikan pun tak boleh nak senaraikan,” ujarnya.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilihat tiba di Menara Dato’ Onn, di sini, sekitar pukul 7.40 malam tadi.

Ketika disapa wartawan, beliau berkata, mesyuarat yang berlangsung malam ini tidak melibatkan ‘Top 5’ parti dan hanya berkaitan manifesto pilihan raya.



Selain beliau, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali juga dilihat tiba di Menara Dato’ Onn selang 15 minit.

Tidak dipastikan tujuan bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu hadir dan ketika ditanya media, beliau tidak memberikan sebarang jawapan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee



Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker