Amalkan ‘no buy year’, wanita ini kongsi cara simpan lebih RM130,000 dalam setahun

SEORANG wanita berkongsi rahsia bagaimana dia berjaya berjimat dan menyimpan wang selepas setahun menjalani ‘kehidupan tanpa pembelian’.
Lara Jarvis dan suaminya Stuart, berjaya menyimpan hampir £25,000 (RM135,930) bagi tujuan pembelian rumah pertama mereka.

Menerusi video di akaun YouTube, Jarvis mendedahkan lima tip utama dalam membantunya mengurangkan perbelanjaan.
Tunggu 30 hari

“Saya hidup dengan peraturan ini. Ia menjadi prinsip utama apabila saya mahu membeli sesuatu.

“Sekiranya anda mahukan sesuatu, letakkannya di senarai wishlist dan jika anda masih mahukannya selepas 30 hari berlalu, bolehlah anda beli.



“Ini membantu menghentikan pembelian yang terlalu mengikut hati. Selalunya kita tidak berfikir panjang kerana kemahuan melebihi kewarasan.

“Apabila sudah beli, baharu menyesal dan rasa benda itu tidak penting dan kita tidaklah begitu mahukannya.”

Pelan makanan

“Perancangan makanan bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan untuk mencari apa yang kita mahu makan, tetapi menjimatkan masa anda, menjimatkan wang anda, malah menjadikan kehidupan anda lebih teratur.



“Apa yang saya lakukan ialah saya akan melihat bahan yang saya ada dan kemudian saya akan memikirkan resipi yang boleh digunakan menggunakan bahan-bahan tersebut.

“Saya kemudian akan merancang makanan, kenal pasti apa yang kami perlukan setiap hari dan menulis senarai perbelanjaan barang dapur dengan sewajarnya.”

Gunakan wang tunai

“Menggunakan wang tunai lebih berkesan daripada hanya melerek kad anda, atau lebih buruk lagi, menggunakan aplikasi di telefon anda.



“Menggunakan wang tunai membuatkan anda lebih ‘rasa’ apabila duit itu keluar.”
Ambil gambar kenangan apabila mengenakan pakaian cantik.

“Ini khusus untuk mereka yang suka membeli pakaian baharu. Ambil gambar anda apabila bersiap cantik, memakai pakaian yang anda suka.

“Jadi apabila anda rasa nak beli pakaian baharu sebab anda ‘tak ada pakaian yang cantik’, lihat gambar itu dan ia boleh membantu meredakan rasa mahu membeli-belah.

Tahu ‘kenapa’



“Anda perlu tahu kenapa anda mahu menyimpan wang kerana jika anda tiada alasan yang kuat, sukar untuk anda mengatakan tidak kepada ajakan rakan-rakan atau kemahuan membeli sesuatu.

“Ketahui sebabnya, tuliskan dan papar di satu sudut yang boleh dilihat. Ucapkan tahniah kepada diri sendiri apabila anda berjaya melepasi satu-satu cabaran.”. Awani

Malaysian Woman Requests Food Delivery Rider To Buy Condoms & Pads – And He Delivers



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker