Menteri Pengangkutan Singapura didakwa atas tuduhan rasuah

S Iswaran menghadapi 27 pertuduhan berkaitan rasuah.

Menteri Pengangkutan Singapura didakwa atas tuduhan rasuah

Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, didakwa di mahkamah atas kes rasuah, lapor media tempatan, hari ini.

Biro antirasuah negara itu menyiasat Iswaran sejak penahanannya pada Julai tahun lalu, manakala Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengarahkannya bercuti sehingga siasatan selesai dan menghalangnya daripada meninggalkan Singapura.



Hari ini, Hsien Loong mengesahkan Iswaran sudah meletak jawatan daripada Kabinet dan Parlimen, menerusi surat peletakan jawatan bertarikh 16 Januari, selepas menerima notis rasmi pendakwaan terhadapnya.

Iswaran berdepan 27 pertuduhan termasuk mendapatkan suapan sebagai penjawat awam, rasuah dan menghalang perjalanan keadilan, lapor Channel NewsAsia sambil mengatakan Iswaran mengaku tidak bersalah.

Kes itu memberi tamparan hebat kepada Singapura, yang dikenali sebagai hab kewangan terkemuka Asia yang berbangga dengan kerajaan yang jarang terjejas disebabkan rasuah dan skandal yang membabitkan pemimpin politik.

Penjawat awam di negara itu dibayar gaji tinggi untuk menghalang rasuah, dengan kebanyakan gaji tahunan menteri Kabinet melebihi SGD$1 juta (RM3.5 juta).



Iswaran, 61, menyertai kabinet Hsien Loong sebagai menteri muda pada 2006 dan memegang Portfolio Perdagangan dan Komunikasi sebelum dilantik Menteri Pengangkutan pada Mei 2021.

Jutawan hartanah, Ong Beng Seng, turut ditahan pada Julai sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah.

Kes rasuah terakhir membabitkan seorang menteri ialah pada 1986 apabila Menteri Pembangunan negara itu disiasat kerana didakwa menerima rasuah. Menteri itu meninggal dunia sebelum beliau didakwa di mahkamah.

Singapura dijangka mengadakan pilihan raya umum pada tahun depan.



Dalam pada itu, Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang memerintah mengekalkan cengkaman kuasa sejak 1959, terpalit dengan kes rasuah dan skandal politik lain yang berupaya menjejaskan pengundi yang sudah muak berdepan kos sara hidup tinggi.

Pada Ogos tahun lalu, Hsien Loong mengakui pihaknya menerima kesan terhadap siasatan rasuah dan peletakan jawatan dua ahli parlimen kanan PAP kerana ‘hubungan yang tidak wajar’.

Parti itu juga dijadualkan untuk peralihan kepimpinan dengan Hsien Loong berjanji untuk menyerahkan kepimpinan kepada penggantinya, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong, menjelang November depan.

Merujuk kepada kes Iswaran pada majlis PAP November lalu, Hsien Loong berkata parti itu mesti menangani perkara itu ‘tanpa rasa takut atau pilih kasih’.



“Tunjukkan kepada rakyat Singapura dan dunia selepas setengah abad dalam kerajaan, piawaian PAP kekal tinggi seperti biasa,” katanya. BH

Menteri Pengangkutan Singapura didakwa atas tuduhan rasuah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah



Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker