Masalah gear punca pesawat Beechcraft milik TUDM mendarat cemas

Menurut Bahagian Perhubungan Awam TUDM, pihaknya akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit. (Gambar TUDM)

Sebuah pesawat Beechcraft B 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, 1 petang tadi.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM yang mengesahkan kejadian berkenaan dalam kenyataannya, memaklumkan bahawa semua empat anak kapal pesawat itu selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa pesawat dari 16 Skuadron yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada 11.27 pagi, sedang melaksanakan latihan penerbangan.

“TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyataan itu.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Norazman Mahmud dalam kenyataan, berkata juruterbang pesawat berkenaan telah memaklumkan Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang mengenai masalah gear pendaratan dan meminta bantuan untuk mendarat.

“Menara ATC kemudian memaklumkan kepada Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang Subang bagi mengaktifkan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang dan menyediakan bantuan kecemasan kepada pesawat semasa mendarat,” katanya.

Beliau berkata pesawat berkenaan dalam proses dialihkan dan landasan lapangan terbang dijangka dibuka semula untuk beroperasi pada 5 petang.

Menurutnya, siasatan dilaksanakan mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?



Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?

Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’



Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker