Pengantin baharu diberkas langgan pelacur ketika bulan madu

WASHINGTON – Seorang lelaki di negeri Florida, Amerika Syarikat ditahan semasa berbulan madu selepas memberi respons kepada iklan untuk melanggan pelacur, lapor akhbar New York Post semalam.

Paul Turovsky, 34, meninggalkan isterinya yang baru dikahwini tidur di bilik hotel mereka di Tampa dan keluar untuk bertemu dengan seorang pelacur yang dihubunginya secara online, kata pihak berkuasa.

Apabila ahli perniagaan yang bekerja sendiri itu tiba di Hotel Hyatt, dia digari selepas terperangkap dalam operasi oleh polis tempatan untuk membanteras kegiatan penyeludupan seks.

“Satu-satunya persoalan di sini adalah sebagai tetamu perkahwinan, adakah sudah terlambat untuk mengembalikan hadiah yang diberi oleh mereka,” kata Syerif Daerah Hillsborough, Chad Chronister.

Chronister menambah bahawa Turovsky adalah salah seorang daripada 176 lelaki yang ditahan dalam operasi itu. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker