PRN Sarawak: `DAP lebih dengar master Semenanjung’

Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) dua kali lima sahaja – berjuang menuntut ‘kemerdekaan Sarawak’.

Sekalipun `misi itu’ agak mustahil, Aspirasi yang sudah tewas dalam dua pilihan raya negeri sebelum ini, tidak putus asa.

Kata presidennya, LINA SOO kepada wartawan Utusan Malaysia, MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN di Kuching semalam, partinya tidak gusar walaupun berisiko hilang semua deposit kali ketiga.



Peluang Aspirasi selepas seminggu berkempen?

Kami terus letakkan bendera dan poster walaupun ada bahan kempen kami diturunkan pihak berkuasa atas alasan provokasi. Sebenarnya, tiada yang kontroversi pun.

Boleh menangkah?

Kami harap menang 15 kerusi. Setiap kawasan juga mempunyai peluang menang dan kalah sebab terlalu banyak parti politik bertanding.



Ada kecenderungan pengundi pilih Aspirasi?

Perkara ini sudah berlegar dalam tempoh beberapa tahun lalu lagi. Saya serahkan kepada rakyat tentukan masa depan kami.

Aspirasi tetap mahu Sarawak keluar daripada Persekutuan Malaysia?

Ini satu keazaman. Sarawak adalah sebuah negara, mempunyai sistem perundangan sendiri malah ada perlembagaannya pada 1991. Kita sudah berada dalam Persekutuan selama lebih 50 tahun, ada untungkah selama ini?



Bukan Aspirasi berdepan dengan DAP yang lebih berpengaruh?

Kami berikan mereka (Pakatan Harapan-DAP) masa 22 bulan mentadbir negara. Nampaknya mereka lebih mendengar ‘master’ politik dari Semenanjung. Kami pula nasionalis, perjuangkan Sarawak untuk orang Sarawak. – UTUSAN ONLINE

PRN Sarawak: `DAP lebih dengar master Semenanjung’


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PrnSarawak: Pengasas parti pembangkang rayu pengundi pangkah GPS



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker